PAS, UMNO Baharu, PKR, AMANAH, BERSATU, PEJUANG semua nya asal dari UMNO 1946.
YBM KU LI mendedahkan bahawa pengharaman UMNO tahun 1988 adalah TIDAK SAH. Dan YBM Ku Li dalam usaha menghidupkan kembali UMNO asal yang ditubuhkan 1946.
Saya fikir sudah sampai masanya semua parti parti politik Melayu dibubarkan dan kembali kepada yang asal iaitu UMNO 1946.
Saya yakin jika ini berlaku survival dan kepentingan orang Melayu dapat dijaga dan memberikan peluang buat pemimpin yang benar benar layak menerajui parti baik diperingkat nasional mahupun bahagian serta cawangan.
Segala bentuk salah guna kuasa, keronisma, politik wang akan dapat dihentikan jika semua pihak bersatu hati dalam wadah politik baharu melalui UMNO 1946.
Sudah sampai masanya semangat UMNO 1946 dilahirkan semula iaitu dengan menyatupadukan bangsa Melayu dari segenap pelusuk demi kepentingan Agama Bangsa dan Negara.
Ayat terakhir YBM Ku Li tadi
"Saya nak hidup balik Umno kalau ada orang berminat nak ikut sama amat dialu-alukan,"
Saya akan bersama dengan YBM Ku untuk menghidupkan kembali UMNO yang telah hilang. Saya seru seluruh anak bangsa untuk kita sama sama menjayakan agenda penyatuan bangsa demi masa depan anak cucu cicit kita.
Kalau bukan kita siapa lagi?
Kalau bukan sekarang bila lagi?
Reset & Reborn